Followers

Thursday, April 21, 2011

Study week bukan untuk balik lah!!

aiii korangggg!! lama tak update blog tercinta. heee.. aku baru abis klas seminar tadi. n aku tringat ayat lecturer seminar aku,Dr. Sobri Minai...'eh study week bukan untuk balik lah! study week untuk baca buku!.' haha...comel jer ayat dy nih bg aku!!.n tadi klas francais aku dgn lecturer Dr.Hoe Chee Hee adalah klas terakhir..aku rs sedih skit coz aku hepi spanjang blaja dlm klas francais coz lecturernya sgt kelakar.huhu..(lap air mata sat).. :(

ok sambung! then abis sume klas tadi, aku trus nek bas balik bilik. tp sblum balik bilik, aku decide untuk singgah lab dulu coz rindu nk jejak kaki kat lab. slalu menaip kt atas katil golek2 dpn laptop, nk gak rasa duk kt lab pulak. dlm aircond, dpn pc lab nih. sumpah aku rindu semua yg ada di sekeliling aku skrg sbab aku tau aku akan tinggalkan sume ni. jauh..tp sume ni akan sentiasa terpahat dlm hati nih! aku pahat ketat2..erat2..sendat2..mampat2..dalam hati nih! aku sayang nak tinggalkan UUM ni sebenarnya sebab aku enjoy giler study kt sini tp still...life must goes on. mcm2 lg cabaran aku akan tempuh pasni..praktikal, keje, kawen...kawen???hahaha...dgn sape agaknye aku kawen nanti..indah nya kalau dapat tau skrg. arghhh! lari topik lah bongek! (^.^)..

ok, aceli aku nk tulis pasal exam aku yg dah nak dekat nih. about two weeks from now. n aku skrg sgt rindu kat bapak n mak aku. sumpah aku rindu diorg. lama tak dgr sore bapak aku. ada la dlm 3 minggu tak dgr. aku nak kol, tp aku takut bapak aku pikir aku nk mintak duit. coz bapak aku tak suka aku kol tanpa sebab. jadi besenya aku kol dy, bile aku rs aku perlukan duit PT aku. aku syukur bapak aku yg pegang duit PT tu, kalau aku yg pegang..komfem awal2 bulan aku dah langsai kan sume licin tanpa tinggalkan sesen skali pon. hakikatnya ya! aku tak pandai uruskan duit aku lagi..that's why aku on je bile bapak aku offer nk uruskan financial aku. haha. 

paper final aku start 8 mei nanti n last paper 23 mei. but aku rncang nk balik 25 mei. skali dgn Shaza (membe bek aku yg sengal dan comel mcm shiro aku. haha.) balik pada tarikh yg sma tp nek kete len2 lah. hoho. aku harap sgt aku dpt score untuk last sem nih. aku kena yakin n wat yg terbek. aku kena pakai gear 4 kali nih. eh ke ade gear 5? ahhh! tak tau lah aku gear2 nih sbab tak pnh bawak kete kan. tp yg penting aku kena tambahkan lagi effort aku untuk score giler2 sem last nih. aku kena wat bapak n mak aku senyum lagi n lagi dgn kejayaan aku. sebab senyuman diorg adalah kebahagiaan aku. memang lah setengah org kata kejayaan akademik semata je nak buat ape kalau hal2 lain tak berjaya... eh come on lah...setiap org ade kelemahan n kebagusan memasing. n bg aku..even aku still lemah dlm byk perkara, at least aku cuba wat yg terbaik dlm bidang yg aku rs aku leh bg yg terbaik. lagi2 ape yg aku buat nih adalah untuk balas jasa mak n bapak aku yg slama ni besarkan aku dgn susah payah sampai aku betul2 jadi BESARRRR! hahahahahahah (gelak besar!!) coz nk bg duit kat diorg..ntah bile agaknya aku dpt bagi. jadi wat ms ni cuma kejayaan aku dlm study je yg aku leh bg...aku betul2 harap aku tak kecewakan diorg..ckup lah skali aku kecewakan diorg ms aku dpt 7D untuk paper bio,fizik.kimia n add math aku ms SPM dulu. siyes bapak aku betul2 kecewa dgn aku time tuh sbab dy byk giler berkorban untuk pastikan aku berjaya. dpt masuk U. cita-cita bapak aku nk 8-8 org anak dy dpt masuk U. n dy betul2 letak harapan tinggi kat aku coz aku adalah anak gurl yg paling rapat dgn dy. siyes aku ngaku, aku memang anak manja bapak aku coz aku lmbat dpt adik gurl. n adik gurl aku pon tak manja dgn bapak aku. so, hakikatnya smpai skrg aku memang suke nk manje dgn bapak aku. so, korang bayangkan lah hubungan aku n bapak aku camne ek..hehe.. jadi, sejak aku sedar yg aku dah kecewakan bapak aku giler2, sejak tu aku dah set dlm pale otak nih, aku takkan wat dy kecewa dgn study aku. cukup lah skali tuh..cukup lah. n bukan cuma study, aku tak nak kecewakan dy dlm sume hal. aku akan bg yg terbaik yg aku mampu buat untuk bapak n mak aku yg aku cinta n syg giler2!!

ok, kite berbalik pada study week n final exam aku. aku amik 6 paper final. study week aku start 29 april smpai lah 7 mei..then final exam aku start 8 mei Financial, 9 mei Francais, 14 mei Strategik, 20 mei Information System, 22 mei Psycho n 23 mei Seminar......slalu setiap sem, target aku nak dpt A adalah untuk certain paper je. tp kali ni, aku target sume paper aku leh score A..kalau tak A pon, A-..itu target aku. sama ada aku capai atau tak target aku..kita tunggu lepas aku dapat result lah kan???haha...exam belum start dah pk result. gelabah lah kaw!!!! (^_~)

*WiSh Me LuCk GuYs n i WiSh U GuYs LuCk ToO for ur final exam!!!*
- Do the best n beat the restttt! o yeahhh! (^_^) -

Friday, April 15, 2011

LawaK2 Nama JepuN..HahA. (^_~)..

*Korang try ushar nama2 nih...siyes comel2 lawak2 suam2 kuku sengallll siot! haha....

Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
Yang bisu – KIETA TADASORA
Yang suka makan nasi – NANACHI KASIBANYA
Yang suka layan blues – APO NADIKATO
Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
Yang suka bersumpah – SAIIFOO BAUKARI
Yang lembab – AYUMI SIPUTBABI

Jom Makan Babi Islam...!

COUPLE ISLAMIC....apa 2??jom baca kisah ni..kot2 paham....  

Kisahnya mengenai 3 org: Syafiq, Safura dan Muhammad. 

Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Z...innirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.  beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. 

Muhammad pun memulakan ceritanya.  "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”  

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...  p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

Sunday, April 10, 2011

Saat2 bersama anak2 yatim di Rumah Hembusan Kasih..

9 April 2011..
arini aku ade program bersama anak2 yatim kt rumah hembusan kasih..
gerak dr uum pukul 7.30pg..n abis program pkul 7mlm. memang best2 sgt. diorg sume comel2 n pandai2. aku sayam giler2 kat diorg. masa mula2 smpai n tgk budak2 nih..ade yg senyum..tp ade gak yg mcm ushar tanpa senyuman. haha. maybe diorang tak knal kan. so ushar pon nk lama lar kan. then ade sorang budak nih, nma dy Ahmad Firdaus darjah 6. bile akak yg pegang mic kt dpn khemah tanya 'leh tak nak kenal2 dgn adik2 sume'..Ahmad leh jawab, 'tak leh'..aku ade dok sbelah dy time dy ckp tuh. so aku tanya la kan..'npe tak leh?' then dy jwb...'tak leh sbab..langgar syariat.' ahaha..tersedak aku sekejap dgr dy ckp. sabo je lar. then ak wat gaya mcm nk tepuk bahu dy. padahal tade niat pon nk tepuk bahu dy. then dy jawab 'mane leh pegang kak. langgar syariat nanti, lgpon kak, batal air wudhuk sy nanti' huhu...saba je la. aku bukan nk tepuk pon. wat gaya je tuh. tp siyesly aku kagum dgn dy sbab kecik2 lg dah diajar mcm tu. Ok, next budak yg aku knal..nma dy Qudamah darjah 3..sedap kan nma dy. siyes ak ske dgn nma dy dulu...then baru ak ske dgn budak nyer..haha. dy pon lebih kurang cam ahmad gak. ayat first dy ckp kt aku..'akak, nanti budak pompuan ade wat persembahan tak?' then aku ckp la..'asal? nk budak pompuan wat persembahan ke?ooo..gatal'..then dy jawab..'tak kak...budak pompuan tak yah wat persembahan lah. HARAM'...perghh...tak leh blah..terkedu ak dgr jawapan dr mulut kecik dy. next budak pulak, nma dy Hannan, darjah 3 gak rasanyer...sedap gak kan nma dy?Hannan ni rsnyer yg paling comel kt situ..bg aku lah kan. dy baik..sket pon tak nakal. ikut je ckp aku.ni ayat first dy ckp dgn aku..'akak, sy tak reti baca..' huhu..sedih je ak dgr..then ak pon jawab..'takpe,Hannan tak reti baca, akak boleh bacakan..kawan2 Hannan pon ade leh bacakan.'..then dy senyum jer..huuu...cair tgk..haha. Ok, next budak aku kenal ialah Azam darjah 6..Azam ni agak hensem la kot muka dy..nanti da beso, memang kacak la kot. ms time lpas solat zuhur..aku lepak lah dgn budak2 kecik nih kan..ms tu Ahmad ade, Qudamah ade, Hannan n Azam..n budak2 lain lah..ak bg teka teki kat diorg..n pastu makin ramai lepak dgn ak..memang seronok lah men teka teki dgn diorg. mcm2 teka teki diorg bg kat ak..berebut pulak tuh nk bg teka teki. haha. antara teka teki yg wat ak tensen n gelak giler2 adalah:
Ahmad: 'Ok kak, klau akak hebat lah kan, akak jwb teka teki sy ni..Allah Maha Esa, Doktor Maha?
Aku lar kan: Doktor Mahawangsa!
Ahmad: Doktor Maha?
Aku lar kan: Doktor Mahaguru?!
Ahmad: Doktor Maha?
Aku: Doktor Maha ape???mane tau! Maha ape??(mula ar aku tensen kan)
Ahmad: Doktor Mahathir!
Aku: Bahahaha....arghhhhhhh! sengal nyer lahhhhh!

Tergelak la bebudak nih tgk aku tak dpt jawab kan. haha. suke kan korang. Then teka teki yg Azam bg plak:
Azam: Ade 3 org sahabat ni. sorang nama Abu, Dia n Aku. Diorg panjat pokok. Abu panjat atas skali. Dia dok bawah Abu. Aku dok bawah Dia. Lepas tu Abu kencing..kena kat Dia. pastu Dia pulak kencing..kena kat sape???
Aku: Kena kat kaw lah (sambil aku tuding jari telunjuk aku kat muka Azam)
Azam: Bukan lah! kena kat Aku lah! (sambil dy gelak2 tak tahan)
Aku: Hahaha..betul lah akak cakap..kena kat kaw (giler lar..aku pon jd tak tahan gelak)
Azam: Haha..akak jahat!

Memang tergelak ar sume budak2 nih tgk kitorg berdua. sebab Azam nk kenakan aku tp tak bjaya kan..dy sendiri terkena. hahaha...sengal tol..memang nk kena duku pale..geram! haha. then Qudamah pulak tanya aku:
Qudamah: Akak, sy pulak. sy tak nak bg teka teki cam diorg. sy nk tnya akak pasal kisah2 nabi.
Aku: Hehe...(sengeh2 je aku tgk dy)
Qudamah: Sy tanya akak jawab tau.
Aku: Ha..ye lah..tanya lah..
Qudamah: Ok..Siapa.........
Aku: Eh ade orang panggil akak lah..akak nk kena gi jap.. (terus aku cantas ayat dy)
Then tercengang2 muka Qudamah carik org yg panggil aku tuh.. hahahaha...memang klaka tgk. Tp aku tak tinggalkan diorg pon. coz terlalu best borak dgn diorg n men teka teki. siyes aku syg diorg sume walaupon tak smpai beberapa jam aku dgn diorg..Ni gamba2 yg aku sempat amik dgn diorg...huhu..tp Ahmad terlampau pemalu nk tgkap gmba,so tak pat nk amik..hehe..

Aku n Azam yg hensem!


Aku n Qudamah yang comel!




Aku n Hannan yang paling comel!

Ni bebudak tuh wat persembahan silat. Qudamah yang depan skali. Azam pkai bju merah tepi kanan. N ahmad tepi kiri. haha. tak nampak lak muka dy.
Memang best lah stiap saat dengan diorg..siyes aku rindu giler...Rumah Hembusan Kasih, Perlis..(^.^)..

Friday, April 8, 2011

SuKan & My Parent

lama giler tak update blog. sumpah aku rindu kat kaw, BLOGGGGG! arghh..(^.^) huhu..skrg ni memang kebizian di thp max betul. now baru dpt release skit. aceli pagi td aku join sukan kat kolej aku. sbenarnye memang cam rs terpaksa pon ade untuk join tp bile dah join..aku tak sgka la lawak giler..dr pg smpai lah da nk balik...asek tergelak je tgk bebudak ni men. yg paling klaka main bola pakai kain batik n pelekat. siap ade tuh kain batik dy tkoyak..aduh..tau je lar laki bile main..smpai koyak2 kain batik org. haha. tp siyes aku rs diorg sgt comel main pakai kain batik camtu..haha..terlondeh lah..bola masuk dlm kain lah. siyes klaka. aku tade la nk main bola2 nih..tak minat. so td aku just join belon air n tarik tali je...giler lar da lma tak tarik tali. sakit betul tapak tgn nih. merah2. nasib baik tak melecet. n game yg aku main kalah. but wlaupon kalah...ntah knapa tak rasa sedih. tetap rs hepi. tu yg pelik tu. sbab aku klau men game...bile tak menang aku akan kecewa gak lar...tp game kali ni..siyes tak rs kecewa. walaupon kalah,badan pnat,peluh kuar byk,muka burn tp hati ni rs puas..n group aku (Rumah Hitam) dpt no.3 okey! huhu..caya lah. kitorg dpt markah bonus disebabkan group kitorg dtg paling awal n bersemangat. huhu. n kitorg menang 4 hamper. 3 kecik 1 besau...haha. mlm ni pukul 9 baru kitorg nk bahagi2 hamper. tp memang respek la budak laki group aku..coz diorg byk sumbang mata kot. n yg paling best, ms tgkap gmba ramai2. memang rs semangat berpasukan tu membara giler. haha. 
lepas ni kalau ade game2 camni, memang aku nk join sgt. tp nk wat cmne kan, dah nak abis blaja dah aku nih. kebetulan tgh ari td ayah aku kol tnya aku camner..n ak gtau dy yg ak dpt markah tgi untuk paper finance aku. then dgr dy ckp..'alhamdulillah..' n dgr nada suara dy hepi..giler la rindu kat ayah aku sesgt. lelaki yg paling aku sayang n aku perlukan giler2 dlm hidup aku. aku smpai terlintas...takpe lah kalau aku tak kawen pon asalkan aku tak hilang kasih syg ayah aku..coz aku tak sanggup..n aku taktau camne nk hadapi hidup nih tanpa ayah aku kat sisi aku. sumpah aku terlalu syg kat ayah aku. n aku rs dlm dunia ni tade sorang pon lelaki yg akan sama dgn ayah aku. ika sayang sgt abi!! n mak aku adalah pompuan paling aku syg la kan.aku ilang adik beradik takpe...ilang kawan takpe..ilang hp takpe..tp klau mak aku batuk even jari luka sket..aku dah risauuuu! giler, aku takut ilang bapak n mak aku..panjangkan umur mereka Ya Allah...amin..

p/s: kaki buble (hamster betina aku) dah pulih..tak tempang lagi. hehe. berkat minyak gamat... n semalam shiro (hamster jantan aku) geget jari telunjuk aku coz tensen aku asek pegang dy. haha. padan muka aku! (^_~)..

Friday, April 1, 2011

SaYa dAh AdE hAmStEr..hEHe!

tak sgka akhirnyer dpt gak ade hamster sendiri..

citenyer bmula camni...ade sorg membe aku kt fb ni ade bela hamster..so ak tnya dy beli kt ne n aku suh membe ak yg dok dkat2 dgn jitra ushar kedai tu n tnya harga dy...
memang murah lah kalau nk ikutkan harga hamster aku...RM10 je sekor.ak beli 2 ekor..jantan n betina. kang kalau beli sekor je takut takde kwn nk borak2 lepak2..kang mati kesunyian lak dy.huhu..nak beli 2-2 ekor betina kang jadi les pulak. kah3.. so ak decide beli jantan n betina..

sgkar hamster ak ni kaler pink ok...ade bentuk luv lg kat pintu sgkar tuh. haha. memang sgt comel la kan. tempat dy exercise lak kaler ungu. mula2 ak amik yg kelar pink putih..memang lawa giler lar roda tuh tp hamster ak tak nak exercise maybe sbab roda tu kecik sgt..so ak tukar la roda baru..yg lebih mudah n besor sket. tp yg exercisenye cuma yg jantan..yg betina asek tido jer..skali imbas tgk yg betina tu cam aku lak.haha...coz ske tido kan..
aku tak bg lg nama kat 2-2 ekor nih..tp aku nk panggil yang jantan tuh shiro.. so yg betina???aku nak panggil dy cheezy wedges..hahahaha.....geram dgn cheezy wedges nih!aku makan ko kang! haha. tak lar..aku panggil dy buble..cadangan membe aku gak tuh..nama blog aku la kan..buble gurl..haha..malas nk pk nama pelek2 or sedap2 coz ak bukan rajin pon nk panggil diorg kan..haha..aku rajin nk ushar jer..

ni lar shiro n buble gurl aku...shiro nga exercise n buble gurl aku nga tido..nmpak tak..dy tido kt dlm bekas  kat atas gelongsor tuh.. yg ade penutup tu..huhu...







p/s: udah2 ler tuh shiro, ko asek exercise je dr td..kang aku bawak kuar gak roda exercise ko tuh..nak?!! tp gamba kat sbelah nih time shiro nga makan. comel giler time dy pegang makanan dy. haha..hepi dow!!!