Followers

Monday, January 16, 2012

SeTeLah 2 BuLaN BekErJa...~

Salam.. Lama tak update blog. (^_^) rindu... Tak sangka dah masuk 2 bulan aku kerja dengan Mr.T n tak sangka aku masih mampu berada di mana aku berada sekarang. Mula-mula rasa tak yakin jugak tapi disebabkan support dari famili, kawan2 n membe sekerja, alhamdulillah...aku still boleh wat yang termampu. Dalam 2 bulan yang dah lepas tu, aku banyak belajar macam2 benda untuk wat kerja aku ni. Ada je benda baru yang bos aku ajar. Tapi benda yang paling aku risau adalah english aku. Rasa macam kena banyak baiki speaking skill aku in english. Sebab org sekeliling aku laju je bila speaking, aku je yang terhegeh-hegeh bila speaking. Oh..malu. Haha. Ini akibatnya masa sekolah, tak speaking. Dah masuk U pon tak speaking. Ha sekarang kerja, baru menyesal. Memang tak leh lari dari english ni. Ha..nampak kan sekarang english tu penting? Nampak tak....? Hoho. But terharu bos still amik aku bekerja even aku tak berapa nak perform camni. Huhu. Serius rasa tak layak and rasa cam ramai lagi yg lebih layak dari aku untuk pegang jawatan aku ni. Tapi, kadang2 kita tak nampak kemampuan kita dan orang lain boleh nampak. Mungkin sebab bos aku nampak aku boleh diharap untuk wat kerja2 yang dia nak tugaskan kat aku, sebab tu dia amik aku sebagai pekerja dia. Big thanks to her. Apa yang menariknya, nama bos aku dan nama aku lebih kurang je. Aku Nor Atiqah dan bos aku Nur Atyqah Lalita. Jadi, staf n vendor ada konfius sikit. Haha. Ada jugak lah certain emel yang sepatutnya nak bagi kat bos aku tapi diorang bagi kat aku. Ha sudah... Tercengang je aku baca emel2 tuh. Anyway, sekarang aku dah ada kerja (even kontrak setahun), aku tengah kutip sebanyak mungkin ilmu n pengalaman yang aku boleh dapat kat company ni. InsyaAllah.. Aku boleh! Aminnnn...

By the way, aku half day kerja hari ni sebab tak berapa sihat. Selsema, batuk n sakit tekak. Cukup lah pakej. Haha. Dah seminggu lebih jugak aku tanggung sakit nih. Ni baru nak pergi ambil ubat. Harap2 esok dah kembali sihat. Aminnn..


p/s: Oh, tak sabarnya nak dapat next salary on 4 Feb. Lagi 10 hari bekerja.. Hehe.. Sabar ika..sabar....(^_~) Thanks for reading my blog yeah guys~

Friday, November 18, 2011

Kerja yang sangat merisaukan~

Seriously sekarang ni aku berada dalam keadaan risau dgn kerja aku sebabnya aku masih belum dapat kerja yang sebenar lagi walaupun dah masuk 6 hari aku bekerja. Aku cuma tlg staf dr payroll dept buat filing untuk ari rabu aritu dan khamis semalam. So ari ni aku free, jadi aku isikan masa aku dgn belajar M.Outlook n time rehat pulak aku on9 fb. Ni baru abis meeting yg aku sendiri tak berapa nak faham pangkal hujungnya. Aku cuma dpt tgkap sikit-sikit jer. Memang rasa diri ini lampi (lambat pikap) sgt. Sedih!

By the way, aku dah kenal beberapa orang staf dan mereka baik dgn aku. Alhamdulillah. At least aku dah tahu kepada siapa aku nak refer bila aku ada certain problem or nak tanya soalan. Ops! dah pukul 6 rupanya. Time to go for rempit with my dad. Vroom vrooommmm~

Saturday, November 5, 2011

SayA DaH jAdi MiLiK OraNg!!!

Err..Errrmm... Kekok sikit rasa nak tulis blog sebab lama sangat2 tak tulis panjang2. Idea cam tak nak bercambah sekarang nih. Tanda2 dah tua agaknyer. Haha..

By the way, aku nak ceritakan sikit pengalaman aku gi interview.. 

Op op sebelum tuh.. aku terlupa. Aku penah tulis blog pasal entri yg aku amik final exam for last sem kan? Dan aku target final exam aku tuh dpt 4 flat kan? Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat. Hampir capai target.

Alhamdulillah gak sebab aku berjaya habiskan 'Practical Life' aku dan berjaya gak siapkan report aku sebelum due date. By the way, hidup sebagai budak praktikal memang best! Kite just pegi keje, tolong2 staf, gelak2, wat keje, gelak2, borak2, wat keje dan balik keje. Dan last day praktikal, aku lah orang yang paling sedih sekali sebab lepas ni tak dapat nak jumpa dengan staf2 yang paling sempoi dan cool cam diorang dah. PC Yati, Cik Ap, Che' Lah, Sue, Elly, Linda, Kak Ita, Kak Ros, Kak Izan, Umi, Ina, Fatin, Sha, Ti, Saiful, Zul, Din dan Mie (suami Sue). Gila lah, aku sentiasa ingat diorang sampai aku mati. Sebab diorang baik sangat dengan aku dan wat hari-hari aku ceria. Macam2 aku belajar dari diorang. Maceh..maceh..maceh...sesangat-sangat.

Ok kita balik pada topik utama entri kali ni. Lepas aku balik dari UUM hantar report praktikal, aku lepak rumah beberapa hari (seminggu lebih), sebelum aku decide nak cari keje kat Jobstreet.com. Itu pon sebab mak dan bapak aku dah bising2 suruh aku cari keje. Aku bukan taknak cari, tapi aku kalau wat sesuatu tu, aku kena bersungguh-sungguh wat, baru benda yang aku wat tu menjadi macam yang aku rancangkan. Kalau aku wat sesuatu tu dlm keadaan org paksa2 aku, mesti benda tak jadi. Dan aku tak suka bile benda aku wat tu tak jadi. Aku rasa down giler nanti dan ini tak bagus untuk kesihatan mental aku. Hoho!

Aku start register nama aku kat jobstreet masa 24 Okt 2011. Aku apply kerja start 25 Okt 2011 sampai lah hari aku dipanggil interview for the first time iaitu pada 1 Nov 2011 setelah 165 application aku dah wat kat jobstreet tuh. Mata aku hampir juling baca iklan2 keje kat jobstreet. Siyes tak tipu. 

Interview first aku kat Kota Kemuning Shah Alam, ambil masa 1 jam 30 minit gak lah nak pergi sana. Alhamdulillah aku dapat interviewer yang baik dan suka senyum. Jadi, aku tak sempat nak nervous. Cuma slack aku, aku tak berapa bersedia dengan soalan2 dia. Kira soalan yang dia tanya tu, aku tak bajet dia akan tanya. Mula lah aku merepek cakap bahasa melayu sikit2 seperti 'kutip', 'lah' dan 'kan'.. Haha. Wat malu je. Tapi aku tak mengharap sangat aku dapat keje ni sebab jauh lah dari rumah aku. Nanti duit gaji habis kat minyak je. Cit..!

Lepas je interview first, aku dapat panggilan interview dari 5 company berlainan dan semuanya nak buat interview dalam minggu yang sama jugak. Kire jadual interview aku pack giler sampai sehari ada 2 interview. Aku dah susun cantik dah jadual interview aku untuk minggu ni. 

So, esoknya aku pegi interview aku yang kedua. Kali ni aku lebih bersedia sebab aku amik teladan dari interview pertama. Huhuhu. Aku tekad aku nak wat yang terbaik dan aku harap aku dapat kerja ni sebab dekat dgn rumah aku. Nilai -> Cyberjaya, 20 minit je naik kete. Aku masuk company tu (T-System) dengan rasa berdebar-debar sikit dan aku terus gi kat receptionist dia. Then receptionist tu bagi aku borang2 n soalan2 yang aku kena jawab. Yang wat mata aku terbeliak sikit, antara soalannya adalah aku kena lukis apa2 je yang aku suka kat 4 bulatan kosong dan setiap bulatan tu dia ada label. Bulatan pertama (10 years old). Bulatan kedua (10 years ago). Bulatan ketiga (Now). Bulatan keempat (Future). So, aku lukis lah yg pertama gamba family (org lidi), kedua gamba bangunan sekolah, ketiga gamba segulung ijazah n topi graduation tuh dan keempat gamba seorang wanita eksekutif. Then bila aku dah siap, interviewer pon datang kat aku dan dia ajak aku masuk satu bilik (bukan bilik tidur ok, tapi bilik meeting). Soalan pertama dia kat aku, dia suruh aku terangkan semua gamba yang aku lukis tuh. Haha.. Cantek lah sebab aku dah agak dia akan suruh explain gamba aku lukis nih. Kalau tak, motif ape pulak dia suruh lukis kan? Takkan nak uji aku pandai melukis ke tak. Of koz tak pandai sebab aku bukan budak seni lukis atau seni silat atau seni muzik.

Alhamdulillah interviewer tu sangat sempoi dan wat aku selesa sepanjang sesi temuduga tu. Soalan yang dia tanya pon, kebanyakannya aku memang dah bajet dia akan tanya. So aku dah prepare awal. Cuma ada lah tersasul cakap bahasa melayu sikit seperti 'gelang emas'.. Hahaha. Dan last sekali interviewer tu suruh aku tanya soalan dan aku pon tanya lah seperti yang aku dah rancang awal2 aku akan tanya. Aku tanya 2 soalan je pon, aku tanya sama ada position aku ni mewajibkan aku cakap bahasa english je atau aku leh communicate pakai dwibahasa. Then cam biasa lah soalan last yang paling popular yang wajib semua bebudak yang gi intebiu tanya..'May I know, when I'll be inform of the results of this interview?'..Then...................saat tu.....jantung aku cam nak luruh sekejap.....bila aku dengar dia cakap....
'To be honest, I like you and I like to hire you. And I want you to start your work tomorrow but we have to follow the procedure. So, I'll inform you later and maybe you can start your work by next week.'

Alhamdulillah...hanya tu yang mampu terucap..Ya Allah............Kau Maha Besar.....Kun fayakun...

Aku dah jadi milik orang. Aku kena bersiap sedia untuk jadi pekerja sebenar kat sebuah company yang bernama T-System yang operasinya berdasarkan sistem informasi dan teknologi komunikasi dan aku bertugas sebagai 'Training Administrator', kontrak selama setahun. Aku ada tanggungjawab kat company tu sekarang. Aku dah jadi milik orang2 kat company tuh sekarang. Welcome to my life 'T-System'. I'll know I'll have marvelous experience with you Mr.T-System. Haha.

p/s: aku ade pakwe baru sekarang..nama dia Mr.T-System. haha. comelkan nama pakwe aku. jgn jeles. tak bek! tak bek! (^_^). doakan aku k!

Friday, June 24, 2011

Life As A Practical Student~

Lama tak tulis blog nih. rindu sgt ok! hope everything is fine with my practical. ape2 pon hakikatnye aku rindu giler nak blaja kat uum dgn membe2 tersayang.. siyes.. nak smbung master, risau tak dapat nk tempuhi. so....tgk lah ape jd kat aku lepas ni after i've finish my practical at Amanah Ikhtiar Malaysia (PKMB)Seremban ni...huhu! ok ni entri aku paling pendek coz aku tgh pakai komputer company aku secara haremmmm....hahahaha...(^_^)

Thursday, April 21, 2011

Study week bukan untuk balik lah!!

aiii korangggg!! lama tak update blog tercinta. heee.. aku baru abis klas seminar tadi. n aku tringat ayat lecturer seminar aku,Dr. Sobri Minai...'eh study week bukan untuk balik lah! study week untuk baca buku!.' haha...comel jer ayat dy nih bg aku!!.n tadi klas francais aku dgn lecturer Dr.Hoe Chee Hee adalah klas terakhir..aku rs sedih skit coz aku hepi spanjang blaja dlm klas francais coz lecturernya sgt kelakar.huhu..(lap air mata sat).. :(

ok sambung! then abis sume klas tadi, aku trus nek bas balik bilik. tp sblum balik bilik, aku decide untuk singgah lab dulu coz rindu nk jejak kaki kat lab. slalu menaip kt atas katil golek2 dpn laptop, nk gak rasa duk kt lab pulak. dlm aircond, dpn pc lab nih. sumpah aku rindu semua yg ada di sekeliling aku skrg sbab aku tau aku akan tinggalkan sume ni. jauh..tp sume ni akan sentiasa terpahat dlm hati nih! aku pahat ketat2..erat2..sendat2..mampat2..dalam hati nih! aku sayang nak tinggalkan UUM ni sebenarnya sebab aku enjoy giler study kt sini tp still...life must goes on. mcm2 lg cabaran aku akan tempuh pasni..praktikal, keje, kawen...kawen???hahaha...dgn sape agaknye aku kawen nanti..indah nya kalau dapat tau skrg. arghhh! lari topik lah bongek! (^.^)..

ok, aceli aku nk tulis pasal exam aku yg dah nak dekat nih. about two weeks from now. n aku skrg sgt rindu kat bapak n mak aku. sumpah aku rindu diorg. lama tak dgr sore bapak aku. ada la dlm 3 minggu tak dgr. aku nak kol, tp aku takut bapak aku pikir aku nk mintak duit. coz bapak aku tak suka aku kol tanpa sebab. jadi besenya aku kol dy, bile aku rs aku perlukan duit PT aku. aku syukur bapak aku yg pegang duit PT tu, kalau aku yg pegang..komfem awal2 bulan aku dah langsai kan sume licin tanpa tinggalkan sesen skali pon. hakikatnya ya! aku tak pandai uruskan duit aku lagi..that's why aku on je bile bapak aku offer nk uruskan financial aku. haha. 

paper final aku start 8 mei nanti n last paper 23 mei. but aku rncang nk balik 25 mei. skali dgn Shaza (membe bek aku yg sengal dan comel mcm shiro aku. haha.) balik pada tarikh yg sma tp nek kete len2 lah. hoho. aku harap sgt aku dpt score untuk last sem nih. aku kena yakin n wat yg terbek. aku kena pakai gear 4 kali nih. eh ke ade gear 5? ahhh! tak tau lah aku gear2 nih sbab tak pnh bawak kete kan. tp yg penting aku kena tambahkan lagi effort aku untuk score giler2 sem last nih. aku kena wat bapak n mak aku senyum lagi n lagi dgn kejayaan aku. sebab senyuman diorg adalah kebahagiaan aku. memang lah setengah org kata kejayaan akademik semata je nak buat ape kalau hal2 lain tak berjaya... eh come on lah...setiap org ade kelemahan n kebagusan memasing. n bg aku..even aku still lemah dlm byk perkara, at least aku cuba wat yg terbaik dlm bidang yg aku rs aku leh bg yg terbaik. lagi2 ape yg aku buat nih adalah untuk balas jasa mak n bapak aku yg slama ni besarkan aku dgn susah payah sampai aku betul2 jadi BESARRRR! hahahahahahah (gelak besar!!) coz nk bg duit kat diorg..ntah bile agaknya aku dpt bagi. jadi wat ms ni cuma kejayaan aku dlm study je yg aku leh bg...aku betul2 harap aku tak kecewakan diorg..ckup lah skali aku kecewakan diorg ms aku dpt 7D untuk paper bio,fizik.kimia n add math aku ms SPM dulu. siyes bapak aku betul2 kecewa dgn aku time tuh sbab dy byk giler berkorban untuk pastikan aku berjaya. dpt masuk U. cita-cita bapak aku nk 8-8 org anak dy dpt masuk U. n dy betul2 letak harapan tinggi kat aku coz aku adalah anak gurl yg paling rapat dgn dy. siyes aku ngaku, aku memang anak manja bapak aku coz aku lmbat dpt adik gurl. n adik gurl aku pon tak manja dgn bapak aku. so, hakikatnya smpai skrg aku memang suke nk manje dgn bapak aku. so, korang bayangkan lah hubungan aku n bapak aku camne ek..hehe.. jadi, sejak aku sedar yg aku dah kecewakan bapak aku giler2, sejak tu aku dah set dlm pale otak nih, aku takkan wat dy kecewa dgn study aku. cukup lah skali tuh..cukup lah. n bukan cuma study, aku tak nak kecewakan dy dlm sume hal. aku akan bg yg terbaik yg aku mampu buat untuk bapak n mak aku yg aku cinta n syg giler2!!

ok, kite berbalik pada study week n final exam aku. aku amik 6 paper final. study week aku start 29 april smpai lah 7 mei..then final exam aku start 8 mei Financial, 9 mei Francais, 14 mei Strategik, 20 mei Information System, 22 mei Psycho n 23 mei Seminar......slalu setiap sem, target aku nak dpt A adalah untuk certain paper je. tp kali ni, aku target sume paper aku leh score A..kalau tak A pon, A-..itu target aku. sama ada aku capai atau tak target aku..kita tunggu lepas aku dapat result lah kan???haha...exam belum start dah pk result. gelabah lah kaw!!!! (^_~)

*WiSh Me LuCk GuYs n i WiSh U GuYs LuCk ToO for ur final exam!!!*
- Do the best n beat the restttt! o yeahhh! (^_^) -

Friday, April 15, 2011

LawaK2 Nama JepuN..HahA. (^_~)..

*Korang try ushar nama2 nih...siyes comel2 lawak2 suam2 kuku sengallll siot! haha....

Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
Yang bisu – KIETA TADASORA
Yang suka makan nasi – NANACHI KASIBANYA
Yang suka layan blues – APO NADIKATO
Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
Yang suka bersumpah – SAIIFOO BAUKARI
Yang lembab – AYUMI SIPUTBABI

Jom Makan Babi Islam...!

COUPLE ISLAMIC....apa 2??jom baca kisah ni..kot2 paham....  

Kisahnya mengenai 3 org: Syafiq, Safura dan Muhammad. 

Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Z...innirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.  beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. 

Muhammad pun memulakan ceritanya.  "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”  

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...  p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam