Followers

Thursday, March 31, 2011

AkU beRsYukuR..aKu mAsiH boLeH bErNaFas.....

giler lama tak tulis kat blog. maka sesungguhnya, aku memang tersangat rindu kt blog aku n rindu nak jd stalker blog org len. hehe. ok, ayat kat atas skali tu ditujukan untuk diri aku sebenarnyer n diri2 org yg sepatutnya kena bsyukur...sebab apa...sebab kite masih diberi peluang untuk bernafas...nikmat besar tu!
asal aku terdetik nk tulis entri camni coz dalam seminggu ni aku memang tertekan sangat dgn study aku. bukan apa...assignment berlambak tak payah cakap. ada lg 3 assignment group n 1 assignment individu. presentation ada lg 3. lom masuk exam mid sem yang tak setel2 lagi. ada lg 2 nih.

isnin 28/3: aku punye tajuk assignment seminar kena reject, so aku tpaksa wat tajuk lain walhal aku dah carik byk bahan untuk tajuk assignment asal aku. dah la tajuk baru bukan men susah. 'How to promote e-commerce through government portal'. memang naik bernanah gak lar mata aku carik artikel2 untuk rujukan. tapi syukur lah, ada pulak membe aku tlg carikkan skali. special thanks to membe aku Ezzad Iskandar.

selasa 29/3: gi kelas psiko sambil wat nota strategik. lecturer kat depan wat lawak pon tak sempat2 aku nk gelak. bebudak kelas dok gelak2, aku pon gelak skali lah. ntah ape lawak, aku pakai gelak je lah! haha. aceli kelas psiko aku memang tak pernah tak gelak, coz lecturer tu klaka. tp aku tak leh nk hepi2 sgt coz aku ade mid sem strategik esoknyer nih. tp syukur lah, ade akak ni bg aku nota ringkas strategik dy. ak amik fotostat trus coz nk wat rujukan. special thanks to Kak Murni Liana.

rabu 30/3: aku tido lambat semalam coz wat nota strategik sampai abis n aku sempat hafal bab 1 je. lagi 5 bab??haram..........aku tak hafal pon. just review notes2 aku n cuba hafal point sikit2. aku study dr pukul 8pg - 1.45 ptg. then ms dlm bas aku sempat tanya membe aku nih coz dy amik exam pagi dengan lecturer aku gak. so aku expect soalan yg sma akan kuar untuk exam aku. tp syukur lah, membe aku ni bagi sikit2 soalan yg masuk exam dy. sampai je kelas, aku bgtau lak bebudak laki cina yg dok belakang aku, soalan2 yg membe aku bagi tu. n tak sangka budak cina tu pon ade soalan gak. memang seronok lah aku berpadu dengan dia kongsi2 soalan n hafal. tak sangka, memang betul soalan2 tu jugak yg kuar. special thanks to membe aku Emmy Haida n bebudak laki cina yang duk belakang aku. tak tau ape nama diorg. yg penting diorg sgt kacak. haha. gatal dow aku nih!

khamis 31/3: aku tido lambat gak semalam. sebab aku siapkan outline assignment seminar aku yg susah tuh. jujur aku cakap, aku tak jumpe sgt artikel yg leh bantu aku wat outline tu. jadi aku reka n terus reka ikut logik akal aku yg hampir terencat nih. ceh. haha. then bila dah siap, aku nak wat latihan FM aku coz lecturer aku nak panggil depan suh explain. tp syaiton berjaya hasut aku untuk bukak laptop n layan cite hindustan jap. niat aku memang nk sekejap. tp cerita nya sgt2 lah best. shah rukh khan, preity zinta, rani mukherjee n abishek bachan. pergh best sesangat. sape2 nak meh amik cite nyer kat aku. haha. then aku tido. selamba tak wat latihan FM tuh. tp syukur lah, membe aku dah wat. jadi aku discuss je dgn dy pasal latihan tu. n syukur jugak sbab aku n membe aku berjaya gak siapkan latihan tu walaupun ade silap2 sikit. at least kitorg berusaha kan. n aku bsyukur sgt2 sebab lecturer seminar aku dah bagi aku 2 cop kat outline assignment aku, means aku leh go on dengan tajuk tu. special thanks to membe aku Shaza Rinda n lecturer seminar aku Dr.Sobri Minai.

dan sekarang aku ada dlm bilik aku, atas kusi, dpn laptop...sedang taip entri kat blog kesayangan aku nih. hehe. (^_~).. aku bersyukur ke hadrat-Mu Ya Allah...kerana sentiasa membuka jalan kepadaku apabila aku ditimpa masalah. sampai sekarang aku tetap pegang kata-kata ni..."Allah takkan uji hamba-Nya dengan sesuatu yang hamba-Nya tak mampu nak hadapi"......aku bersyukur aku masih bernafas Ya Allah dan dikurniakan terlalu banyak nikmat dari-Mu.. amin....

Monday, March 28, 2011

Menitis air mata aku baca...

*aku baru je berniat nk lelapkan mata aku. tiba-tiba kawan aku suruh ushar 1 blog nih.......
aku tak tau nk cakap camne bile aku dah ushar...aku baca entri dia....air mata aku jatuh berjurai-jurai....
tak berhenti..... aku lap......masih tak berhenti......aku lap lagi......still berlinang......
walaupun ini bukan kisah aku...tapi ia betul2 terjadi pada salah seorang blogger...
if korang ade masa....korang baca lah..


Cinta 2011

Assalamualaikum. 


Ini sebuah cerita cinta yang pada mulanya, tak masuk dek akal langsung, tapi end up dengan sebuah peristiwa, sebuah kenangan yang terpaling manis dalam kamus hidup seseorang tersebut. Tiada yang lain, seindah kenangan ini. Insya Allah. 


 Sebuah cerita tentang seorang lelaki berbangsa Cina ingin berkenalan dengan seorang budak sekolah, berumur 16 tahun, so called, seorang Melayu. Itu memang biasa. Mungkin, schoolmate, kawan lama, kawan sepermainan masa tadika? Dan sebagainya. Apa apa tanggapan, dibenarkan. Jujur. 


Si lelaki Cina, 5 tahun lebih tua, yang mana, ketika di awal perkenalan, beliau berusia 21 tahun. Beliau merupakan seorang interior designer muda, yang penuh kotak fikirannya dengan idea yang bernas, inspirasi yang cantik, otak geliga, kreatif. Sumpah, ada je idea idea yang boleh diguna pakai sebagai jalan alternatif. Mungkin, itu kebolehan yang beliau perolehi untuk bekerja sebagai seorang interior designer. Beliau juga seorang yang peramah, suka sangat bercerita dan suka sangat senyum. Manis sangat. Handsome sangat. Tinggi sangat. Putih sangat. Kidal. Melalui cara beliau bercakap, memang nampak yang beliau confident dengan apa yang ingin disampaikan. Ideanya. Brilliant!


Si gadis Melayu, berusia 16 tahun, jauh lebih muda. Si gadis Melayu, seorang yang innocent, berbekalkan hati yang busuk, gedik mengada, bahasa kasar. Memang orang yang biasa. Tak expect apa apa sebab beliau, budak baik yang selalu ikut ibunya pergi ke sana ke sini. Ibunya bekerja sebagai seorang businesswoman. Banyak urusan di merata tempat dan kena jumpa ramai orang. Sesekali beliau terasa, macam beliau laa seorang usahawan muda. Di usia muda, dah kena check tender, buat sebutharga, jumpa supplier, dan juga customer lain. Kadang kadang beliau berasa seronok. Penat, sudah tentu! Tapi, ini pengalaman baru kan? Beliau teringin juga untuk menjadi perintis perniagaan keluarganya, bakal bergelar usahawan muda, detik hati kecilnya. 


Dipendekkan cerita, keluarga si gadis Melayu, bakal masuk rumah baru dan nak buat renovation sikit. Dan, si lelaki Cina yang kena handle projek tersebut. Beliau dipilih berdasarkan quotation, harga yang berpatutan, sesuai dengan servis yang diberikan. Si lelaki Cina mula mengenali si gadis Melayu, dan semakin rapat. Rapat hanya dalam kerja. Selain kerja, mereka tak kenal each other. Jujur. Kerja di sini, maknanya melawat projek (renovation rumah keluarga si gadis Melayu). Okayy, faham sikit dah?


Mari kita teruskan. 


Dalam tempoh projek tersebut dijalankan, ada beberapa kali, si gadis Melayu dengan si lelaki Cina itu, berbual. Bergurau. Bercerita. Minum semeja. Berbincang. Bergaduh sedikit. Semua sebab kerja. Dan tak lupa juga, bertukar number telefon. Dan pada saat itulah, perkenalan antara si gadis dan si lelaki, bermula. Berputik. Boleh rasa tak indahnya? Haha. Mungkin belum lagii. Okayy sambung lagi. 
:D


Si gadis Melayu, pindah masuk rumah yang sudah siap direnovate, dalam awal tahun 2008. Dan dalam masa yang sama, si gadis Melayu, bakal menghadapi SPM. Dalam tempoh tersebut juga, si lelaki Cina ada berjumpa dan bercerita melalui surat elektronik (baca ; email). Dalam tempoh si gadis Melayu untuk selesai SPM, jarang jarang sekali beliau dapat meluangkan masa bercerita dengan si lelaki Cina. Cuma perkara perkara penting yang ingin disampaikan sahaja yang dapat menghubungkan mereka. Tak lama selepas result SPM keluar, si gadis Melayu, dapat tawaran untuk menyertai PLKN. 3 bulan, tempoh. Pada ketika itu, projek si lelaki Cina, dahh selesai. So, tak jumpa dah. Kemudian, si gadis Melayu, dapat tawaran menyambung pelajaran ke sebuah universiti di Johor. 


Dalam tempoh si gadis belajar di univerisiti, mereka ada saling berhubung. Tapi, hanya sebagai kawan biasa. Yang text bila rindu, yang nak call bila tak tau nak buat apa, yang bercerita kisah masing masing, sebab dah lama tak jumpa. Cerita penat kerja, cerita malas belajar. Cerita tolong buatkan assignment, cerita busy ke sana ke mari. Cerita cerita kosong, yang tak ada apa makna. Hanya sebagai kawan biasa. Saling mendengar kisah masing masing, dan biar berlalu. 


Awal tahun 2010, ibu kepada si gadis Melayu, dapat satu tawaran kerja ; projek membina sebuah rumah bungalow sekali dengan rekaan dalaman. Ini berikutan, tuan rumah yang menetap di Kuala Lumpur, dan tersangat busy. Tuan rumah dan ibu si gadis Melayu, kawan sejak zaman anak dara. Jadi, setelah berbincang dengan tuan rumah, ibu si gadis, memilih untuk memanggil semula, si lelaki Cina tadi. Pada waktu itu, gadis Melayu tadi, sedang cuti semester. Kebetulan.  


Pada suatu hari, pertemuan dengan si lelaki Cina diadakan. Ibu si gadis mintak tolong si gadis untuk bawa beliau pergi ke tapak projek. Dalam masa yang sama, si lelaki Cina tadi langsung tidak memberitahu si gadis Melayu yang mereka bakal berjumpa. Bila sampai tapak projek, si gadis Melayu terkejut. Si lelaki Cina, seperti biasa, suka tersenyum. Manis. 
*melting*


Projek tersebut sedikiit, sedikit berjalan dengan baik. Cuma bila ada masalah, ibu si gadis akan berjumpa dengan si lelaki Cina, untuk berbincang. Kadang kadang, call sahaja. Bincang, bincang. Dan bincang. Dalam perbincangan tersebut juga, si gadis Melayu ada semeja dengan si lelaki Cina. Dan buat seperti biasa. Sebab ibu si gadis tau yang si lelaki Cina, berkawan dengan si gadis Melayu. Bercerita, bergaduh nak bilik ni warna apa, yang ini nak buat macam mana. Tak nak warna ni, nak yang ini. Untuk dapatkan yang terbaik. Bergaduh di sini bukan bertumbuk segala, ianya adalah (baca ; tukar pendapat).


Perhubungan si lelaki Cina dengan si gadis Melayu, semakin rapat. Sebab, dalam masa yang sama, si gadis Melayu sedang cuti semester. So, memang si gadis kena ke sana ke mari. Kadang kadang, ibu si gadis serahkan sahaja tugas apa yang patut untuk si gadis berbincang dengan si lelaki Cina. Rindunyaaa! :')


Pada suatu hari, si lelaki Cina propose si gadis Melayu, untuk berkawan dengan lebih rapat. So called, "teman tapi mesra". Si lelaki Cina, memang jenis yang tak rajin text. And, dia pun tak rajin call. Cuma, lately ni, sebab dah makin rapat, beliau suka. Kadang kadang, email je dah cukup. Teknologi di hujung jari kan? :D Contact macam tu pun, jadi laa. Hahaha! Kata kata manis dari si lelaki Cina, selalu menjadi status si gadis Melayu. Cumanya, si gadis Melayu, tidak terlampau menaruh perasaan, sebab si gadis tau. Itu adalah hubungan 2 bangsa yang berbeza dan tak mungkin terjadi. Tapi, si gadis Melayu, layankan jugak. 

The special thing about me is you, fifa. - Yip. ♥
Your happiness is my everything laa, fifaaaaaaaa - Yip. ♥
 Baby, without you, I am nothing. I am so lost, hug me. Then tell me how ugly I am, but that you'll always love me. - Nyanyi lagu Rihanna. Yip ♥
That is the way I love you, fifa. - Yip ♥
Saya suka you pakai baju kurung meh. Manis laa ini Fifa. - Yip ♥
The best thing ever in my life, is you, fifa. - Yip ♥
You are the designer of my heart. - Yip ♥
My heart is for you, fifa. Seriously. - Yip ♥
 You changed me a lot sayang. - Yip ♥
It's okay sayang, everything will be fine. I am sure your result will be okay. Good luck, love. - Yip ♥
I was born to give my heart for you. - Yip ♥
Fifa. I am your die hard fan, love! Hihihi. - Yip ♥
I love to take care of you, because you are my everything, love. - Yip ♥
I nak petik bintang banyak banyak and keep it tightly in a colourless glass vase, and hadiahkan kat you, so that you can keep and look at it forever when there is anytime that I am not with you anymore. I love you, fifa. - Yip ♥
 I teringin nak buat love letter untuk you laa fa, bila you dah balik kampus nanti. Agak agak postman jealous tak nanti? - Yip ♥
 I can't forget the things that related to you. It is beautiful enough for me to love you more and more. - Yip ♥
I just wondering, why I keep on loving you non-stop sayang. And I got the answer, because I know, you will always be mine. - Yip ♥
The love is spreading over you sayang. I can see it from your eyes. - Yip ♥
The love drug is you, and that is the reason why I always being high! - Yip ♥
By doing something for our future, we sacrified something. Keep on observing my work. You will make them as one of your addiction later on, heartbeat. - Yip ♥
 Loving you is my passion. - Yip ♥
Your love make me stronger, sweetheart! :) - Yip ♥
You are my alarm clock everyday, love. Thank you! - Yip ♥
 Business is like love. Love is about trust. The trusity make the future of the business. So do love, nah? With trust, there will be the love. - Yip ♥
I am looking for a love, not a girl. Yet, you are the love. - Yip ♥
 You are one in a million. - Yip ♥

 Antara kata kata dari si lelaki Cina untuk si gadis Melayu.


Sejak mendapat lampu hijau dari ibu si gadis Melayu, si lelaki Cina kadang kadang ada bawa si gadis Melayu keluar. Makan, berjalan, shopping. Dan kerja. Itu semestinya! Perhubungan si gadis Melayu dengan si lelaki Cina, semakin serious. Madah madah cinta buat si gadis Melayu, selalu ada. Indah sangat! :D Tempoh perkenalan yang makan masa hampir 4 tahun ini, betul betul diidamkan oleh si lelaki Cina. Dalam masa yang sama, oleh si gadis Melayu juga.


Dipendekkan cerita lagi, tak lama lagi, si gadis Melayu bakal masuk belajar kembali. Beliau masuk pada Januari 2, 2011. Projek belum lagi siap, dan ibu si gadis bakal mengambil alih tugas si gadis. 


Sejak akhir akhir ini, si lelaki Cina kurang sihat. Berjumpa pun, sebab kerja. Email sahaja yang dapat beliau kirim. Katanya, sejak mendapat projek bersama si gadis Melayu, rezekinya melimpah ruah. Sampai tak terkejar dibuatnya. Tapi, si lelaki Cina, still can handle all those things. Uruskan perkara perkara penting. Alasan boleh diterima pakai. :D


Malam tahun baru, si gadis Melayu pulang ke kampung halaman. Berikutan hendak berjumpa dengan atok dan wannya, sebelum naik cuti semester nanti. Dalam perjalanan, si lelaki Cina ada text si gadis Melayu, yang si gadis bakal menerima kejutan pada 1-1-2011. Si gadis Melayu, jadi excited. Tak sabar. Setelah selesai urusan di kampung, ayah si gadis Melayu ajak pergi ke Melaka untuk membeli sedikit keperluan, shopping lah senang cerita. di samping ingin berjumpa dengan salah seorang kawannya. Dalam perjalanan hendak ke Melaka, si gadis Melayu mendapat panggilan telefon dari si lelaki Cina. Sayup. Senyap sunyi. Si gadis Melayu pelik. Beliau terdengar, ada suara yang menyebut,
'ASHADUALLA ILA HA ILLALLAH
WA ASHADUANNA MUHAMMADURRASULULLAH'


Si gadis Melayu terkejut. Panggilan telefon terputus. 
Kemudian, ada panggilan masuk semula dari number yang tak dikenali. Si gadis angkat.

'Babe, Yip passed away. All this while, he was suffering of the brain cancer. You have to see him before the funeral okay. Get here as soon as possible. I am sorry.'

Si gadis Melayu, tak mampu nak bercakap. Beliau terdiam. Beliau mintak tukar pemanduan dengan ayahnya untuk terus balik ke Nilai. Si lelaki Cina, tinggal di Seremban 2. Terus shoot ke sana. Menurut kawan si lelaki Cina, si lelaki masih di Hospital Columbia. Dalam perjalanan pulang ke Seremban, bermacam macam menda yang bermain di fikiran si gadis Melayu. Kata kata si lelaki Cina. Lagu yang si lelaki Cina kirimkan. Kenangan bergelak tawa, bercerita segala kisah mereka. Makan malam bersama keluarga. Dan sebagainya. Air mata tidak berhenti bercucuran. Sedu sedan si gadis Melayu turut diratapi si ibu gadis. Sedih melihat nasib anaknya, barangkali.  


Sampai sahaja di rumah, ibu si lelaki Cina, senyum kelat dan dalam masa yang sama, beliau menangis. Ditahankan agar tak gugur. Namun, tewas. Anak kesayangannya, pergi. Tanpa meninggalkan apa apa pesanan, tanda tanda. Adik si lelaki Cina, datang memeluk si gadis Melayu. Kakaknya juga. Masing masing, cuba untuk gagahkan diri, atas pemergian orang tersayang. Si gadis Melayu, tidak dapat berbuat apa apa, selain menangis. Dipeluk erat oleh ibu si lelaki Cina. 


Ibu si lelaki Cina berbisik ke telinga si gadis Melayu untuk naik ke bilik si lelaki Cina. Dalam bilik tersebut, si gadis Melayu mendengar segala luahan hati ibu si lelaki Cina. Satu persatu. 

'Faa, I am really sorry for not telling you the truth. This was his last request. He did suffering of brain cancer. When he knew you, he felt that you are the person that he's waiting for. He felt in love with you. For the first time, he fall in love. And, the love that he want was, yours. It was you. He became stronger just because your love. He learned about Islam, when you are not here. He was very happy when he met you. Eventhough he's not feeling well. You thought him about life, about the happiness, about the difficulty through many circumstances, about the future. He converted to Islam almost two years back. I am really sorry.' 

'In this box, there were many things for you from him. He kept them all this while and as he wished to meet you yesterday. But, you are going back to your hometown. So, he canceled.'


Si gadis Melayu tak dapat menahan sebak. Menangis. T___T
 Si gadis membuka kotak tersebut. Dalam kotak itu, terdapat beberapa diari. Satu persatu si gadis belek, dan baca. Baca, nangis. Baca, nangis. Tak dapat menahan. Sedihh!


17 Mei 2007
Today was her birthday. I would like to give her this necklace. But, I don't think she will accept it. I am worrying about this now. I missed to look at her smile. She was so cute! :D

Si gadis Melayu melihat rantai tersebut, terukir huruf F dan Y. 
T___T


17 Mei 2008
I converted into Islam, this morning. My new name is Ahmad Amirul Afifi. Near to her name. I felt really nervous at first, so do excited. But, through my studies, learning from the Ustaz, the stories about the prophet. I did it. I made it! It was the precious time ever. Very excited now to tell her the truth! Hope she will not be fainted. Hahaha. 

Si gadis menangis terus. Ya Allah, inilah dugaan yang terpaling besar pernah kau beri pada aku. Berikanlah kekuatan kepada hambamu ini untuk menerima pemergian ini, detik hati kecilnya.
 T___T


17 Mei 2009 
Saya nak beli telekung ni untuk dia dengan ummi dia. Hope she like it. May she remember me always, like I did. Insya Allah.  

Si gadis Melayu mencium kain telekung tersebut. Menangis! 


17 March 2010
I banked in, RM5000 today in Bank Tabung Haji. Ni gaji first saya . Kalau panjang umur, saya nak pergi haji dengan dia! Insya Allah. 

Si gadis Melayu semakin tersedu sedu. Dipeluk erat ibu si lelaki Cina.


17 Mei 2010
I did this Ayat Kursi for her, write in tulisan khat and framed it. I wished to give her. Insya Allah! Lil bit dirty, because saya tak mahir lagi. I loved her handwriting in Jawi. Wished to learn more writing in Jawi.  

Si gadis, peluk erat frame ayat kursi tersebut. Tiada yang lain, menangis.


Ada satu lagi bag kertas Roxy di sebelah katil si lelaki Cina. 
Untuk you! <3 

Ada sepucuk surat dalam beg tersebut. Si gadis baca. 

'Assalamualaikum awakk. Hihi. Ada banyak sangat cerita saya nak bagitau awak. I wrote it for you already in those diaries. Wished you read all of them. It about us baby. About you, about me. I sayang you laa! Sampai I mati. Maybe, when you read this letter, I am off. I am not with you anymore. I dah pergi jumpa Dia dulu. He would love to choose me you know. I am really sorry sebab tak bagitau you the truth. But, you knew how I am right? Secret is my priority. I wished to meet you on the first day of your class, by wearing this beg and this watch. But, I don't think I manage to do that. This was your upcoming birthday present. Hope you liked it and will wear it. Okayy sayang? You remembered right all those words that I told you? Tolong jaga diri baik  baik. I dah takde. I don't have time to talk a lot here. Just wishing the best in your future. You made my days, my life, so do my future. I love you till death. I promised with you right. And I made it. I hoped that you will not regret in anything that we made together. Promises that we made together. You must be stronger when I am not around. Don't you cry, and be moody all the time. That is not good kan? You thought me to spread the love kan? So, you should do it too. Promised me that you will remember me always okay? I missed you seriously. I wished to meet you before. But, you can't. It's okay. Thank you for everything sweetheart. EVERYTHING! I love you till death, heartbeat. Assalamualaikum!' 


Pengebumian berlalu. Sedih sangat. Si gadis Melayu tak dapat menahan. Nangis terus. Si gadis Melayu merasakan itulah cinta terpaling agung pernah beliau ada. Semuanya kerana Allah. 


Januari 1, 2011.
Tarikh yang tersemat dalam hati sanubari si gadis Melayu. Tak kan pernah lupa. Tak pernah hilang. Ingat sampai mati. Insya Allah! 


Si-lelaki-Cina ; Ahmad Amirul Afifi.(Michael Yip)
Si-gadis-Melayu ; saya. 


 Rest in peace,
Ahmad Amirul Afifi. 


*air mata aku masih berlinang masa aku copy paste cerita ni.... ni blogger tu punye link http://afifahyusof.blogspot.com/ ....korang leh baca sendiri n kenal blogger tu..what happen to her after that....coz lagi sedih......aku taktau nk ckp camne sedihnyer...tp hati aku......ades.....air mata tak leh berhenti....


Sunday, March 27, 2011

aPe dE haL iF KaU tAdE pAkWe yAnG eNseM?!!

well, tgk tajuk dah tahu la kan ape aku nak merapu. haha. aceli aku dpt idea nk tulis entri ni coz tadi aku anta assignment aku sorang-sorang n kalau korang nak tau tadi aku leh sesat carik bilik lecturer aku. adoi! padahal dah byk kali aku gi bilik lecturer kesayangan aku tuh. eh eh camne aku leh sesat kan? ha..sebab aku cam bagus naik ikut tangga lain. saje gewdix2 nak naik tangga lain, padan lah muka ko sesat kan. aku memang rs nak tumbuk je dinding2 yang menghalang aku nampak kat mana bilik lecturer aku. haha. superhero kah aku nak main tumbuk2 camtu kan? ceh! tapi berkat kesabaran n panduan hidup yang aku pegang, akhirnya aku jumpe gak bilik lecturer aku. berpeluh tak payah ckp, leh la buat bancuh air milo 8 gelas. ahaks! dlm ati ni tibe2 terdetik, 'kan best kalau ade pakwe temankan aku anta'. then terdetik lagi, 'ahh..takde pakwe pon takpe, ingat aku tak leh survive ke sorang2'. then terdetik balik, 'kalau ade pakwe leh borak2 gelak2 sambil anta assignment'. then terdetik lagi, 'ingat aku nak sgt borak2 n gelak2 dengan kau, sakit tekak tau tak!' dan macam2 lagi lar yg terdetik dlm hati ni.

kite slalu cakap 'eh kan best kalau aku ade pakwe, leh ajak aku date, blanje aku makan, leh ngadu masalah aku, leh manje2, hu ha hu ha, gewdix2, leh tengok muka pakwe aku ari-ari..' tu pon kalau kau dpt pakwe ensem lah kan. ensem untuk kau tak bermakna ensem untuk org lain kan. ensem..cantik..kekal ke sume tuh? hah? aku tanya kau nih, kekal ke?? asal diam? sebab jawapannya tak kan? ha..tau pon kau. kalau dah tua, benda tu sume tak kekal mana lah kan. tu kalau tua, mana tau tak sempat tua, kau eksiden, muka kau terhiris kat jalan ke, cermin2 kete tercampak ke muka kau, ha pe jadi ek? kekal tak wajah indah kau tuh? so memang tak kekal la kan. jd memang tak leh nak bangga2 kan sgt la kehenseman or kecantkan yg ada pada diri tu kan. kena sedar la sumenya pinjaman tuhan. bila2 tuhan leh tarik balik kan.

jadi buat awek2 single or yg ade kapel tp cam tade tuh, lepak n rileks k. tidak seindah mana lah bila dah ada pakwe nih (bukan suami ok, pakwe!), tak caya korang tanya lah dengan gurl2 yg sekarang dah jd mak or menanti untuk menjadi mak. ape kata korang terus je kawen tak payah ade pakwe2. rasanya yang itu lebih indah. cam kawan aku sorang nih, cun, baik, sweet, bijak, keturunan baik2..tapi bila org mintak kapel, dy tolak dan terus tolak. pergh cool giler lah kan. sebab laki2 yang dy tolak tu pon ada sume ciri2 macam dy. bila aku tanya asal dy wat camtu, dy kata if laki tu betul nak kat dy, datanglah meminang. jumpa mak ayah n if betul laki tu jodoh dy, diorg akan kawen gak. perghh....tabik hormat!!! korang tak nak jadik cam membe aku nih ke? aku? haha. aku tak mampu lagi jadi cam dia. tapi mungkin kan...mungkin 1 ari nanti. hanya tuhan yang tahu. (^_^)


Saturday, March 26, 2011

PantUn uNtuK orAnG mALas sEmbAhYanG. ReNungKaN...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.

Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

*menarik kan??? huhu...renung2 kan lah n selamat mengamalkannye dgn penuh iklas.n ini pantun yg aku wat sendiri. kat bawah ni... cewah. aku memang ske bab2 pantun syair nih. org seni lah kata kan. huhu.

"Kenapa lah kau malas sembahyang?
Nak kena tendang terajang baru nak terhegeh2 sembahyang?
Ke nak kena ratah dengan buaya sampai tinggal tulang baru ko nak sembahyang?
Ya Allah...kuat kan iman ku agar dapat ku tapis sume hasutan syaitan jahanam..amin..."

FiRsT tiMe BeRgELaP!!!!!!

sangat seronok bila dgr pengumuman suh tup lampu untuk sejam. cam tak sangka 1 uum bergelap sempena EartH HoUr!! siyes best sgt. aku n jiran aku kuar bilik n ushar sume org tup lampu tak. first time nih... so memang pengalaman indah lar kan! yg ade cuma lampu jalan kaler oren jer. romantik gitu. nanti pukul 9.30 baru leh bukak lampu. ni aku nga buat2 hebat lah kan taip dlm gelap.cam bagus je. taip cam kura2 je nih dok agak2 mane button A mane button T. haha.well, sangat seronok kerana telah menyelamatkan bumi. huhu. (^_~)

TaDe GiLeR kEnTanG dAh! giLeR cHeEzY wEdGeS puLaK!

hehe. tau tape. aku memang giler sgt dgn cheezy wedges. tak sgka arini dpt gak makan atas jasa seorang membe kat fb yg skrg dah jd sepupu aku. haha. camne ek dari kawan leh jd sepupu? sebabnye pak guard uum gi sergah dy kot tanya nk kuar dgn sape. leh dy bantai ckp sepupu. so, aku tak kesah lar. sepupu ke kawan ke. yg penting memang sgt best ah kuar dgn dy. ske dgr cerita2 cinta dy. huhu. macam2 perangai org ada. tambah pulak, dy sgt pandai buat lawak selambe. walaupon first time jumpe dy, rs cam dah lma je kitorg kenal. rs cam dah 10 tahun kenal bile borak dgn dy. memang sgt selesa n sekepala. ok2 sudah2 lah cite pasal dy. haha.
ckp pasal cheezy wedges lak. tadi aku memang sgt borong kfc. 3 kotak snack plate n 3 cheezy wedges n 1 whipped potato n 1 nugget. so memang kna tunggu lama la org blakang aku. sabar je lar ek uncle kat blakang aku tu. dy leh wat bunyik berdecit2 lak dgn aku. bunyik berdecit tu macam..haish nak terang pon tak reti. tp memang bunyik tu kite wat bile kite rs nk marah. jgn nk naik hangin lah kat aku ye uncle sebab aku beli untuk kawan2 aku yg tersayang skali. bukan untuk aku sorang je. adat la beratur kat kfc kena tunggu lama kan. be patient ek uncle. balik je trus aku melantak 2 kotak cheezy wedges aku. haha. giler lapa. aku ingt nk melantak dlm kete tp cian lak kat sepupu baru aku tuh. rs cam tak sopan la pulak. tu yg balik trus tak tahan......waaahhhhhh...'sy sgt kenyang'......dah2 stop mkn. tak nak kena kencing manis. eee....takut!

*MaSiH tAk TaU nAk MaSuKkAn LaGu CaMnEr...haishhhhh (-_-')

SaKeT pEwOt TetiBe! aRgHhh!!

siyes tak tipu. memang saket giler arghh pewot aku skrg. tp leh lagi aku nyanyi2 lagu siti. coz malas pk sgt. klau aku pk kang makin saket pewot aku nih. aduhhh dy serang lagi. arghhh!! berdenyut usus pewot nih. knapa tibe2 lak dy menyerang. aku klau tibe2 kena serang sakit pewot ni sama ada aku bendera merah or mencarik jamban or ... ha mula lar aku pikir pasal kanser perut. ades. memang tak leh nk nafi lar kan, aku sememang nye seronok makan cili. pantang nmpak cili, aku sebat. kegilaan aku kat cili tak payah ckp la. makan je lar kan klau nmpak. membe2 aku pon naik risau tgk aku. mak ayah aku tak payah ckp la kan sebab diorg dah biasa nmpak aku mkn cili macam makan nasik. giler kentang kan?!!
bg aku kalau dlm masakan tu tade cili, eee....masakan ape tuh? come on la. haha. kalau aku masak pon, aku akan pastikan cili 2 genggam tgn aku. tangan aku ok. bukan tangan ank buah aku yg kecik cenonet tuh.. seronok aku bile tgk famili aku makan benda yg aku masak smpai kuar air mata (terharu lah tu kan kan?), garuk2 kepala lah (bukan sebab ade kutu ok), buat bunyik2 'sss' la (sss = sedap sesangat sangat). siyes aku suke. dlm ms yg sama kesian la gak. tp sape suh diorg makan kan. aku tak suruh pon, diorang yg nak. pedas2 pon diorg tambah gak. haha. well, what can i say, tgk la sape tenaga pengajar yg ajar aku masak kan. mak aku lar! haha. sayang giler mak aku. masakan dy tak pernah tak sedap. kalau tak sedap tu, mungkin sbab aku yang suke2 ati menyemak kt dapor mengacau dy masak. pastu aku suke2 ati curik2 tambah cili or garam ke. sowi mak! haha. tp sedap bagi aku mungkin tak sedap bg org lain. lidah sma pink, taste lain2 kan. haha. pepatah baru nih!!

info terkini: aku suke men pinball kat blog aku nih, tp kecik sgt la saiz dy. camne nk besarkan ek?? argh, tak kesah la janji dpt main. dpt gak kurangkan bosan. hehe. pasni nak blaja letak lagu lak kat blog. huhu.

AkU tAk NaK kEnA kEnCinG mAniS!! aUwww...

jam laptop n hp nokia 3310 aku menunjukkan pukul 4.40pg. selamber badak aku tak tido lagi. hari ni keje aku ushar blog org n men fb sambil tgk tv3 kt uumtv. then ade la sejam aku peruntukkan untuk carik bahan wat assignment aku yg melambak nih. niat nak siapkan hari ni. tp hampeh.. hakikatnye tu lah aku. tangguh dan terus tangguh. takpe2. esok boleh kot siapkan 2 assignment skaligus. aku kan macam bagus. haha.
ok2.. sebenarnyer tgh aku dok ushar2 blog org n men fb, ade lak mamat ni chat ngan aku kat fb. suami org tuh. ciss..kalau suami aku time pepagi buta nih dok men chat dgn gurl,aku lempang je laju2. haha. chat2 punyer chat rupernyer bini dy dlm pantang. sebab tu dia bosan taktau nk watpe bile bini takde kat sisi. agak2 aku lah kan. ha ape yg bestnyer adalah ape yg dia kongsi dengan aku. jap ek aku plagiat ape yg aku dan dia borak:
"begin"
Laki org tu:
-dulu sy xmcm nie..bdn bsr.gemok.montel.brt 128kg..suar saiz 46.skrg berat 67kg suar saiz 31.
Aku lah kan:
-eh cmne leh kurus tuh??
Laki org tu:
-diet la.dlm ms 1 tahun.caya tak?
Aku lah kan:
-pcayer..ramai je org gemok jd kurus wak.
Laki org tu:
-dulu waktu sy gemok..awek2 sy kapel dlm tpon ja..mna ada mau kuar jln2..diorg malu nk jln dgn sy..sampai la sy jumpa bini sy..dia sorg ja sgp p mna2 dgn sy..last kmi kawen.
"end"

haha. menarik tak sedikit cebisan dr laki org tuh. well, mcm2 lg lar aku borak dgn dy n ade la gak pekdah yang aku dpt coz dy nasihat2 aku. kebetulan, dy adalah abg ipar kepada membe aku. dan sedikit sebanyak laki org tuh dah suntikkan semangat aku untuk kurangkan makan. coz dy berjaya takutkan aku dengan bahayanyer kencing manis. oh tidakkkk! saya tak nak tu semua.

info terkini:
saya dah pandai letak gadget kat blog. hehe. mekasih kepada Yana (blogger) kerana memberitahu cara2 nye. see at ur right side----------->>>>>>>

Friday, March 25, 2011

dAh PaNdAi tUkA2 bAcKgRoUnD SeKaraNg kaN!??

seronok pulak dok edit2 blog nih. siyes 'suker sangat2'. disebabkan semalam tido pukul 5.30pg, so logik tak bangun pkul 2ptg??? bangun2 tgk msg bukan main menimbun membe2 kejut suh bangun, ade yg suh beli mamam lagi. haha. sowi sgt coz baru bangun so memang tak pat nak balas msg bagai. bangun2 terus mandi. makan dan sidai kain yg semalam basuh pakai 'woshin meshin'. buruk tol perangai. tp tu hakikatnyer. hope pasni leh la brubah skit. tp lpas kawen la kot. haha.ni tgh ngadap laptop nk men tuka2 background bg lawa. assignment tak gak buat2. ade lar dlm 4 assignment yg kena buat. tp selamber je lengah2 kan. bukan men malas lagi kaw kan ika! nak kena sebat kuat2 agaknyer baru insaf. hoho. cam dak2 je kan nak men sebat2 org. aku dah besar ok. dah ade blog da nih. tak jeles ke? jeles la wei. hehe. dah lar, nak sambung tuka2 background nih. suker2.

Thursday, March 24, 2011

i'M StilL LeArNiNg..gOsH!

fuh.. macam tak sangka dah ada blog sendiri. terima kasih sgt kepada Eyoi (blogger) yang mengajar. tp still blur2 lagi. tak reti nak hias langsung. pasni leh la tiap2 ari bukak blog pulak. asek men fb jer. bosan gak. skrg tepat pukul 4.40 pagi. aku still tercengang-cengang depan laptop. giler larh,bapak aku tau aku dok ngadap laptop time2 cam ni,memang komfem kena rotan lah. haha. selamber lah kan~ layan zass..ades,tengkuk sakit shioot..