Followers

Saturday, November 5, 2011

SayA DaH jAdi MiLiK OraNg!!!

Err..Errrmm... Kekok sikit rasa nak tulis blog sebab lama sangat2 tak tulis panjang2. Idea cam tak nak bercambah sekarang nih. Tanda2 dah tua agaknyer. Haha..

By the way, aku nak ceritakan sikit pengalaman aku gi interview.. 

Op op sebelum tuh.. aku terlupa. Aku penah tulis blog pasal entri yg aku amik final exam for last sem kan? Dan aku target final exam aku tuh dpt 4 flat kan? Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat. Hampir capai target.

Alhamdulillah gak sebab aku berjaya habiskan 'Practical Life' aku dan berjaya gak siapkan report aku sebelum due date. By the way, hidup sebagai budak praktikal memang best! Kite just pegi keje, tolong2 staf, gelak2, wat keje, gelak2, borak2, wat keje dan balik keje. Dan last day praktikal, aku lah orang yang paling sedih sekali sebab lepas ni tak dapat nak jumpa dengan staf2 yang paling sempoi dan cool cam diorang dah. PC Yati, Cik Ap, Che' Lah, Sue, Elly, Linda, Kak Ita, Kak Ros, Kak Izan, Umi, Ina, Fatin, Sha, Ti, Saiful, Zul, Din dan Mie (suami Sue). Gila lah, aku sentiasa ingat diorang sampai aku mati. Sebab diorang baik sangat dengan aku dan wat hari-hari aku ceria. Macam2 aku belajar dari diorang. Maceh..maceh..maceh...sesangat-sangat.

Ok kita balik pada topik utama entri kali ni. Lepas aku balik dari UUM hantar report praktikal, aku lepak rumah beberapa hari (seminggu lebih), sebelum aku decide nak cari keje kat Jobstreet.com. Itu pon sebab mak dan bapak aku dah bising2 suruh aku cari keje. Aku bukan taknak cari, tapi aku kalau wat sesuatu tu, aku kena bersungguh-sungguh wat, baru benda yang aku wat tu menjadi macam yang aku rancangkan. Kalau aku wat sesuatu tu dlm keadaan org paksa2 aku, mesti benda tak jadi. Dan aku tak suka bile benda aku wat tu tak jadi. Aku rasa down giler nanti dan ini tak bagus untuk kesihatan mental aku. Hoho!

Aku start register nama aku kat jobstreet masa 24 Okt 2011. Aku apply kerja start 25 Okt 2011 sampai lah hari aku dipanggil interview for the first time iaitu pada 1 Nov 2011 setelah 165 application aku dah wat kat jobstreet tuh. Mata aku hampir juling baca iklan2 keje kat jobstreet. Siyes tak tipu. 

Interview first aku kat Kota Kemuning Shah Alam, ambil masa 1 jam 30 minit gak lah nak pergi sana. Alhamdulillah aku dapat interviewer yang baik dan suka senyum. Jadi, aku tak sempat nak nervous. Cuma slack aku, aku tak berapa bersedia dengan soalan2 dia. Kira soalan yang dia tanya tu, aku tak bajet dia akan tanya. Mula lah aku merepek cakap bahasa melayu sikit2 seperti 'kutip', 'lah' dan 'kan'.. Haha. Wat malu je. Tapi aku tak mengharap sangat aku dapat keje ni sebab jauh lah dari rumah aku. Nanti duit gaji habis kat minyak je. Cit..!

Lepas je interview first, aku dapat panggilan interview dari 5 company berlainan dan semuanya nak buat interview dalam minggu yang sama jugak. Kire jadual interview aku pack giler sampai sehari ada 2 interview. Aku dah susun cantik dah jadual interview aku untuk minggu ni. 

So, esoknya aku pegi interview aku yang kedua. Kali ni aku lebih bersedia sebab aku amik teladan dari interview pertama. Huhuhu. Aku tekad aku nak wat yang terbaik dan aku harap aku dapat kerja ni sebab dekat dgn rumah aku. Nilai -> Cyberjaya, 20 minit je naik kete. Aku masuk company tu (T-System) dengan rasa berdebar-debar sikit dan aku terus gi kat receptionist dia. Then receptionist tu bagi aku borang2 n soalan2 yang aku kena jawab. Yang wat mata aku terbeliak sikit, antara soalannya adalah aku kena lukis apa2 je yang aku suka kat 4 bulatan kosong dan setiap bulatan tu dia ada label. Bulatan pertama (10 years old). Bulatan kedua (10 years ago). Bulatan ketiga (Now). Bulatan keempat (Future). So, aku lukis lah yg pertama gamba family (org lidi), kedua gamba bangunan sekolah, ketiga gamba segulung ijazah n topi graduation tuh dan keempat gamba seorang wanita eksekutif. Then bila aku dah siap, interviewer pon datang kat aku dan dia ajak aku masuk satu bilik (bukan bilik tidur ok, tapi bilik meeting). Soalan pertama dia kat aku, dia suruh aku terangkan semua gamba yang aku lukis tuh. Haha.. Cantek lah sebab aku dah agak dia akan suruh explain gamba aku lukis nih. Kalau tak, motif ape pulak dia suruh lukis kan? Takkan nak uji aku pandai melukis ke tak. Of koz tak pandai sebab aku bukan budak seni lukis atau seni silat atau seni muzik.

Alhamdulillah interviewer tu sangat sempoi dan wat aku selesa sepanjang sesi temuduga tu. Soalan yang dia tanya pon, kebanyakannya aku memang dah bajet dia akan tanya. So aku dah prepare awal. Cuma ada lah tersasul cakap bahasa melayu sikit seperti 'gelang emas'.. Hahaha. Dan last sekali interviewer tu suruh aku tanya soalan dan aku pon tanya lah seperti yang aku dah rancang awal2 aku akan tanya. Aku tanya 2 soalan je pon, aku tanya sama ada position aku ni mewajibkan aku cakap bahasa english je atau aku leh communicate pakai dwibahasa. Then cam biasa lah soalan last yang paling popular yang wajib semua bebudak yang gi intebiu tanya..'May I know, when I'll be inform of the results of this interview?'..Then...................saat tu.....jantung aku cam nak luruh sekejap.....bila aku dengar dia cakap....
'To be honest, I like you and I like to hire you. And I want you to start your work tomorrow but we have to follow the procedure. So, I'll inform you later and maybe you can start your work by next week.'

Alhamdulillah...hanya tu yang mampu terucap..Ya Allah............Kau Maha Besar.....Kun fayakun...

Aku dah jadi milik orang. Aku kena bersiap sedia untuk jadi pekerja sebenar kat sebuah company yang bernama T-System yang operasinya berdasarkan sistem informasi dan teknologi komunikasi dan aku bertugas sebagai 'Training Administrator', kontrak selama setahun. Aku ada tanggungjawab kat company tu sekarang. Aku dah jadi milik orang2 kat company tuh sekarang. Welcome to my life 'T-System'. I'll know I'll have marvelous experience with you Mr.T-System. Haha.

p/s: aku ade pakwe baru sekarang..nama dia Mr.T-System. haha. comelkan nama pakwe aku. jgn jeles. tak bek! tak bek! (^_^). doakan aku k!

No comments:

Post a Comment