Followers

Thursday, March 31, 2011

AkU beRsYukuR..aKu mAsiH boLeH bErNaFas.....

giler lama tak tulis kat blog. maka sesungguhnya, aku memang tersangat rindu kt blog aku n rindu nak jd stalker blog org len. hehe. ok, ayat kat atas skali tu ditujukan untuk diri aku sebenarnyer n diri2 org yg sepatutnya kena bsyukur...sebab apa...sebab kite masih diberi peluang untuk bernafas...nikmat besar tu!
asal aku terdetik nk tulis entri camni coz dalam seminggu ni aku memang tertekan sangat dgn study aku. bukan apa...assignment berlambak tak payah cakap. ada lg 3 assignment group n 1 assignment individu. presentation ada lg 3. lom masuk exam mid sem yang tak setel2 lagi. ada lg 2 nih.

isnin 28/3: aku punye tajuk assignment seminar kena reject, so aku tpaksa wat tajuk lain walhal aku dah carik byk bahan untuk tajuk assignment asal aku. dah la tajuk baru bukan men susah. 'How to promote e-commerce through government portal'. memang naik bernanah gak lar mata aku carik artikel2 untuk rujukan. tapi syukur lah, ada pulak membe aku tlg carikkan skali. special thanks to membe aku Ezzad Iskandar.

selasa 29/3: gi kelas psiko sambil wat nota strategik. lecturer kat depan wat lawak pon tak sempat2 aku nk gelak. bebudak kelas dok gelak2, aku pon gelak skali lah. ntah ape lawak, aku pakai gelak je lah! haha. aceli kelas psiko aku memang tak pernah tak gelak, coz lecturer tu klaka. tp aku tak leh nk hepi2 sgt coz aku ade mid sem strategik esoknyer nih. tp syukur lah, ade akak ni bg aku nota ringkas strategik dy. ak amik fotostat trus coz nk wat rujukan. special thanks to Kak Murni Liana.

rabu 30/3: aku tido lambat semalam coz wat nota strategik sampai abis n aku sempat hafal bab 1 je. lagi 5 bab??haram..........aku tak hafal pon. just review notes2 aku n cuba hafal point sikit2. aku study dr pukul 8pg - 1.45 ptg. then ms dlm bas aku sempat tanya membe aku nih coz dy amik exam pagi dengan lecturer aku gak. so aku expect soalan yg sma akan kuar untuk exam aku. tp syukur lah, membe aku ni bagi sikit2 soalan yg masuk exam dy. sampai je kelas, aku bgtau lak bebudak laki cina yg dok belakang aku, soalan2 yg membe aku bagi tu. n tak sangka budak cina tu pon ade soalan gak. memang seronok lah aku berpadu dengan dia kongsi2 soalan n hafal. tak sangka, memang betul soalan2 tu jugak yg kuar. special thanks to membe aku Emmy Haida n bebudak laki cina yang duk belakang aku. tak tau ape nama diorg. yg penting diorg sgt kacak. haha. gatal dow aku nih!

khamis 31/3: aku tido lambat gak semalam. sebab aku siapkan outline assignment seminar aku yg susah tuh. jujur aku cakap, aku tak jumpe sgt artikel yg leh bantu aku wat outline tu. jadi aku reka n terus reka ikut logik akal aku yg hampir terencat nih. ceh. haha. then bila dah siap, aku nak wat latihan FM aku coz lecturer aku nak panggil depan suh explain. tp syaiton berjaya hasut aku untuk bukak laptop n layan cite hindustan jap. niat aku memang nk sekejap. tp cerita nya sgt2 lah best. shah rukh khan, preity zinta, rani mukherjee n abishek bachan. pergh best sesangat. sape2 nak meh amik cite nyer kat aku. haha. then aku tido. selamba tak wat latihan FM tuh. tp syukur lah, membe aku dah wat. jadi aku discuss je dgn dy pasal latihan tu. n syukur jugak sbab aku n membe aku berjaya gak siapkan latihan tu walaupun ade silap2 sikit. at least kitorg berusaha kan. n aku bsyukur sgt2 sebab lecturer seminar aku dah bagi aku 2 cop kat outline assignment aku, means aku leh go on dengan tajuk tu. special thanks to membe aku Shaza Rinda n lecturer seminar aku Dr.Sobri Minai.

dan sekarang aku ada dlm bilik aku, atas kusi, dpn laptop...sedang taip entri kat blog kesayangan aku nih. hehe. (^_~).. aku bersyukur ke hadrat-Mu Ya Allah...kerana sentiasa membuka jalan kepadaku apabila aku ditimpa masalah. sampai sekarang aku tetap pegang kata-kata ni..."Allah takkan uji hamba-Nya dengan sesuatu yang hamba-Nya tak mampu nak hadapi"......aku bersyukur aku masih bernafas Ya Allah dan dikurniakan terlalu banyak nikmat dari-Mu.. amin....

No comments:

Post a Comment